BERTEMU LAGI SEMUA..

Alhamdulillah kini aku kembali semula kepangkuan keluarga tercinta setelah hampir 6 bulan terpisah. Gembira dihati jangan dicerita…umpama macam mendapat seteguk air di tanah tandus gurun sahara…he..he..he. Begitulah kami yang bergelar seafarers/mariners/orang kapal/pelaut di serata dunia ni. Walaupun terpisah jauh tetapi zaman sekarang, komunikasi hanya dihujung jari…telefon guna roaming..mahal sikit kos guna satelite phone. Tapi takkan sama kalau dapat jumpa bertentang mata..

Salam sejahtera buat anda semua !
Lebih sebulan saya tidak menulis dalam blog ini. Anda semua apa khabar? Terima kasih atas komen sebahagian daripada pengunjung blog saya…Lebih sebulan saya tidak menulis dalam ruangan ini. Bukan saya lupa cuma masa tidak mengizinkan. Sudah sebulan lebih saya bercuti dan lebih kurang lagi 2 minggu cuti akan tamat. Nampak gaya setelah 4 kali hari raya yang lepas beraya bersama keluarga tercinta…tahun ini terpaksa saya sambut syawal di laut biru. Sedih ? Sudah tentu tetapi apakan daya kerana inilah punca pendapatan utama saya bagi menampung kehidupan keluarga di zaman yang aman mencabar ini.

Keadaan dalam negara kita sekarang tidak menentu dari segi ekonomi, sosial dan juga politik. Setelah lebih 40 tahun politik kita dikatakan stabil…sekarang adalah masa yang cukup mencabar bagi kita mempertahankan keamanan negara kita yang telah kita kecapi suatu masa dahulu. Bagi mereka yang berbeza ideologi politik…harapan saya ketepikanlah agenda peribadi kerana semakin hari keadaan negara kita semakin gawat!!! Tak habis dengan isu sosial, bangkit pula isu politik ( gila kuasa ), isu ekonomi bila rakyat dibebani dengan kenaikan harga keperluan harian. Kesan daripada semua ini kita akan dapat lihat bila kadar jenayah makin bertambah, masyarakat sudah tidak menghiraukan persaudaraan dan keruntuhan akhlak berleluasa. Segalanya hanya berpunca dari satu benda keramat didunia ini…
" DUIT!!!,DUIT!!!,DUIT!!!. Inilah punca pada segala masalah yang ada sekarang.

Tidak dapatkah kita lari dari memikirkan tentang duit ? Saya rasa semua orang tidak dapat lari memikirkannya. Bangun pagi celik mata duit..balik rumah nak tidur fikir pasal duit…tidur pun mimpi tentang duit..tak tertekan ke? Bagi saya bila berada jauh dilautan biru…itulah masa saya larikan diri berfikir tentang duit…AMAN. Sebab apa? Dilaut kami semua tak guna duit sebab semua ditanggung…cuma fikir kerja…kerja..kerja..heheheeee. Itulah bezanya kami hamba allah dimuka bumi masyarakat gelar sebagai mariners @ pelaut.

Saya amat tertarik dengan satu blog yang dikelolakan oleh Saudara Irfan Khairi. Anda kenal siapa dia? Bagi mereka yang belum kenal beliau adalah salah seorang jutawan muda melayu yang menjana income dari internet dan selalu mendapat liputan media hasih kejayaan beliau. Saya amat kagum dan cuba mempelajari dari beliau. Antara petikkan dalam blog beliau, beliau sering diajukan soalan  "

Sering saya ditanya…

Mana satu nak dipilih? Wang atau kebahagiaan? Mana yang lebih penting?

Infact, di TV pun ketika “live” 2-3 kali soalan begini ditanya. Dan jawapan saya… kenapa perlu pilih satu?

T Harv Eker (jutawan & penulis buku kekayaan) pernah berkata apabila di tanya soalan yang sama:

Kalau anda diberi pilihan untuk dipotong kedua belah tangan ATAU potong kedua belah kaki… mana satu pilihan anda?

Sering kali, yang bertanya soalan begini, adalah mereka yang sedia tidak mempunyai wang. Atau, mereka yang mempunyai wang, tetapi, mengabaikan kebahagiaan hidup.

Teringat pesanan Dato Dr Fadzilah Kamsah dalam Mentor Jutawan: Kita perlu imbangkan kekayaan & kebahagiaan. Dalam erti kata lain, perlu pilih kedua-duanya… bukan memilih SATU sahaja ;)

Itulah matlamat saya sekarang…mencari wang dan kebahagiaan dunia dan akhirat….dan saya harap anda juga begitu. E-book yang saya perolehi ini bagi saya amat berguna dalam menyusun strategi untuk terus menjana wang dan bahagia bersama keluarga pada masa terdekat ini dan akan datang. Apa tidaknya E-book ini memaparkan nasihat dari 8 orang jutawan dalam perbagai bidang di Malaysia :-

  • Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
  • Azizi Ali, Jurulatih jutawan
  • Chef Li (Dato’  Dr Rusly), Jutawan Senyap
  • Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
  • Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
  • Dato’ Hussamuddin,  Pengasas Kumpulan Karangkraf
  • Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura
  • Irfan Khairi, Jutawan Internet

 

Bayangkan anda boleh duduk bersemuka dengan kesemua ikon jutawan ini dan mereka mendedahkan mutiara-mutiara ilmu satu demi satu kepada anda!

Memang tidak dapat dinafikan lagi, kelapan-lapan jutawan ini tahu segala rahsia,tip, strategi, teknik dan minda bagaimana hendak menjana berjuta ringgit!

 

Apakah harga satu ilmu yang boleh diperturunkan oleh satu jutawan kepada anda untuk kejayaan anda?

 

Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia kelapan-lapan jutawan ini?

Anda boleh dapatkan segala cerita selanjutnya dari E-book ini ….pasti membuka minda anda untuk lebih berjaya dalam hidup…insya allah.

Assalamualaikum semua…terima kasih atas kunjungan anda ke blog rasmi saya. Sebenarnya saya baru pulang dari 4 bulan kerja di atas kapal dan banyak perubahan yang berlaku.. Ekonomi, politik dan tak juga perkembangan baby saya yg dah masuk 1 tahun 1 bulan ni..
Perkembangangan paling ketara tentu dengan kenaikan  harga minyak yang rata2 menjadi keluhan ramai. Anda tanya saya ok ke harga minyak sekarang ? Bagi saya alhamdulillah masih ok tetapi tak tau akan datang pulak. Yang pasti paling penting kawal perbelanjaan pada yang tak patut tu..mcm telefon..lifestyle yang rata2 kita tak perasan duit habis kat situ.
Dengan kenaikan harga minyak banyak harga keperluan asas turut sama meningkat dan saya rasa lagi banyak orang merunggut. Natijah dari semua ini benar-benar menggangu hidup bagi mereka yang berpendapatan cukup2 makan sahaja. Mana taknya..tengahari tadi saya makan di Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka…nasi putih,ikan talapia goreng sambal,masak lemak pisang,sambal campur ( ikan bilis,tempe  orang jawa punya favourite beb..) dan air teh o ais limau semua tu dah RM7.60…kat area kira kampung lagi tu. Kat bandar2 besar saya kira lagi teruk keMAHALannya…
Tak tau macam mana orang lain yang kerja di darat…tentu lagi sensara dibuatnya.
Anyway saya rasa sekarang adalah trend terbaik bagi adik2 diluar sana yang baru tamat alam persekolahan fikir about " Suitable Carrier in Future".
So far dari pengamatan saya ada dua carrier yang cukup menarik…oil & gas industri and sure maritime industri. This 2 carrier really help you all to generate income up to six figure anual salary…if you dont believe it…anda boleh perhatikan gambar rakan2 saya dalam friendster ( gambar orang2 kapal ).
Insya allah saya akan sambung lagi tentang topik2 ini dalam post akan datang..jaga diri anda semua..assalamualaikum

Salam untuk semua… sebenarnya ini adalah kesinambungan dari topik yang saya bincangkan sebelum ini..MENGAPA MARINERS MALAYSIA DIPINGGIRKAN DI BUMI SENDIRI OLEH SYARIKAT PERKAPALAN TERBESAR MALAYSIA?. Saya pasti ramai yang akan marah kalau saya kata Mariners Malaysia HAMPEH!!…sebenarnya saya juga amat marah.

Ini tidak  pula disangkal oleh mereka yang ada agenda tertentu di kebanyakkan pengurusan syarikat-syarikat perkapalan besar di negara kita. Apa yang mereka fikirkan tak lain dan tak bukan adalah memenuhi "tembolok" atau "poket" mereka dengan memasukkan mariners asing yang dikatakan "amat bagus" dalam syarikat mereka untuk running kapal-kapal syarikat mereka. Kenapa saya berkata sedemikian?

Sebenarnya dengan memasukkan mariners asing dalam syarikat mereka, kebanyakkan mereka…tak semua..akan dapat "side income" atau pun "under table" income yang menambahkan pendapatan mereka…kalau anda tak percaya anda boleh cuba buat benda yang sama untuk join mana-mana company luar. Inilah trend "shipmanagement" yang telah diguna pakai sejak lama lagi cuma kita yang tidak perasan dan ambil tahu. Andai mereka penuhkan kekosongan yang ada dalam company mereka dengan mariners Malaysia bukan tak boleh…boleh sangat..tetapi yang tak bolehnya dia orang tak boleh "masyuk" any side income la..

Itu sebabnya kita susah nak dapat kapal syarikat Malaysia, bawa bendera Malaysia, yang sepatutnya kita banggakan bila dibawa seluruh dunia…tetapi malang sekali operator kapal tersebut..filipino atau kebayani, pakistani, indinesiani, indiani, china mainlaini, dan macam-macam …ni tetapi bukan Malaysiani..ha..ha..ha.Hampeh..hampeh..hampeh.

Yang sedihnya, bila kapal-kapal mereka dah nak kena hukum tembak,problem sana sini..barulah time tu hantar orang kita untuk manage..walhal bangsa-bangsa asing tadi dah cabut lari tak nak jadi "balaci" buat repair kapal ni. Itu yang lagi sakit hati..dahlah gaji kita dengan bangsa asing ni berbeza kurang kekadang sampai dekat 3 kali ganda.Jadi untuk Mariners Malaysia yang mana terikat kontrak bon tu nak tak nak terpaksalah naik. If not " I see you in court ! "

Itulah dilema mariners Malaysia sebenarnya..bukan kita tak bagus..bukan kita tak boleh…tetapi bangsa kita sendiri yang buat kita tak boleh.. Dan tak hairan lagi andai suatu hari " maruah kita akan tergadai", "pemikiran kita dijajah" oleh budaya yang ada dalam industri marin malaysia sekarang…

Artikel in bukan untuk mencari salah sesiapa, hanya untuk renungan kita bersama. Mengapa mariners kita tidak dapat menguasai pasaran syarikat tempatan? Mana salah dan silap kita?

Kebanyakan syarikat besar di Malaysia mempunyai wawasan atau cita-cita untuk mencapai tahap "GLOBAL". Apa itu tahap "GLOBAL"? Maafkan saya andai pengetahuan saya tidak global..tetapi bagi saya ia melingkungi tahap pengurusan, kualiti, pencapaian dan profesionalism. Bagi saya semua perkara ini dapat dicapai dengan kerjasama semua pihak..majikan dan pekerja. Andai dua faktor ini tidak difokus..tiada apa yang dapat di capai.

Kenapa saya kata mariners Malaysia terpinggir? Andai anda semua membuat kaji selidik, berapa ramai mariners Malaysia yang bernaung dibawah syarikat kapal terbesar Malaysia anda pasti terkejut yang menunjukkan jumlahnya tak sampai 50% dari jumlah sebenar minimum tenaga pekerja yang diperlukan menjalankan operasi armada kapal mereka. Mengapa perkara ini berlaku?

Saya terpanggil untuk cuba mengupas persoalan ini kerana khuatir suatu hari kita akan "DIJAJAH" oleh idiologi bahawa mariners Malaysia pemalas, banyak kerenah, tidak profesional…paling takut sekali tak berguna..siapakah yang akan rugi? Setahu saya selama ini yang membangunkan dan mengendalikan syarikat kapal terbesar Malaysia adalah rakyat Malaysia sendiri…Kenapa hari ini fenomena mengagung-agungkan Mariners luar amat ketara terjadi di syarikat perkapalan terbesar Malaysia.

Tepuk dada tanyalah minda dan hati. Andai ada sesiapa yang ingin komen hal ini amatlah saya alu-alukan.. jumpa lagi di kupasan mendalam topik ini akan datang..salam sejahtera.

Kenapa saya perlukan income tambahan? Tidak cukupkah pendapatan saya sebagai orang kapal? Tentu anda pelik…mungkin anda rasa saya tamak dan kufur nikmat ALLAH. Alhamdulillah saya bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang. Pendapatan sekarang cukup untuk menanggung hidup keluarga saya. Tetapi adakah ia akan berkekalan? 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun lagi dengan usia yang semakin meningkat dan cabaran dilaut yang semakin getir..adakah saya bersedia untuk masa depan..yang pasti saya harus berusaha menghadapinya.

Apa yang saya lakukan mungkin anda sudah mendengar tetapi tidak tahu dan tak mahu ambil tahu. Pernahkah anda dengar statistik dari KWSP mengenai pelabur-pelabur mereka? yang pasti kebanyakan dari kita akan terpaksa berkerja selepas usia 55 tahun dan sekarang juga kita dapat lihat. Kenapa ini berlaku? Jawapannya kerana kita berasa cukup dengan apa yang ada sekarang sehingga kita lupa akan hakikat masa depan.

Untuk itu saya berjinak-jinak untuk mendapatkan pendapatan tambahan…dari mana? Dari sumber depan mata anda, tak kira dimana anda berada…yang pasti dari internet. Saya amat teruja apabila mula-mula mencuba dan hasilnya…CUKUP MENAKJUBKAN!!!

Layari laman web ini untuk info seterusnya dan saya yakin anda boleh melakukannya seperti mereka yang telah memulakannya…

www.modelbisnesinternet.com/index.php?ref=inthomebiz atau

www.videopercuma.com/r/inthomebiz atau

www.belajarcpanel.com/index.php?ref=inthomebiz

Hai…selamat mengunjungi weblog seorang mariners.. Anda tahu siapa itu mariners? Mariners adalah seseorang yang berkerja di atas kapal, tak kira kapal dagang atau navy sekali pun dipanggil mariners.

Apa yang bestnya kerja kapal ya? Terus terang bagi saya, andai anda menjadi mariners seperti saya yang berlayar di atas kapal dagang..income memang lebat..if you are the officer kat sana at least your income bermula dari RM2.5k sebulan…boleh mencecah ke RM40k sebulan. Banyak ke? Memang banyak tambah lagi free incometax.. Tetapi rata-rata mariners yang kerja di atas kapal malaysia..setakat yang saya tahu paling tinggi RM20k itupun berlayar sampai nak pencen umur 55thn. Jadi cam ner pulak income boleh cecah RM40k tu? He..He..He..itu bagi mereka yang berlayar di atas kapal company luar la…So best tak? Tepuk dada tanya selera anda.

Apa yang tak bestnya? Sudah tentu anda kena tinggalkan family,anak-anak, kekasih dan kawan-kawan untuk jangka masa lebih kurang 6 bulan. Tak de entertainment macam di darat tapi dapat  jalan-jalan melawat tempat orang…percuma lagi!

So ada sesiapa yang nak komen apa-apa..silakan..boleh kita tukar-tukar cerita.

Link: QuickPost | Friendster Blogs.

As a mariner, i getting well paid. But for me it’s not enough with all pcice of good have been raised up..i need some external income for my future life..especially after retirement.. so you want to know what i do? Just log on:

www.emailcashpro.com/?=mohdfaisal