Salam untuk semua… sebenarnya ini adalah kesinambungan dari topik yang saya bincangkan sebelum ini..MENGAPA MARINERS MALAYSIA DIPINGGIRKAN DI BUMI SENDIRI OLEH SYARIKAT PERKAPALAN TERBESAR MALAYSIA?. Saya pasti ramai yang akan marah kalau saya kata Mariners Malaysia HAMPEH!!…sebenarnya saya juga amat marah.

Ini tidak  pula disangkal oleh mereka yang ada agenda tertentu di kebanyakkan pengurusan syarikat-syarikat perkapalan besar di negara kita. Apa yang mereka fikirkan tak lain dan tak bukan adalah memenuhi "tembolok" atau "poket" mereka dengan memasukkan mariners asing yang dikatakan "amat bagus" dalam syarikat mereka untuk running kapal-kapal syarikat mereka. Kenapa saya berkata sedemikian?

Sebenarnya dengan memasukkan mariners asing dalam syarikat mereka, kebanyakkan mereka…tak semua..akan dapat "side income" atau pun "under table" income yang menambahkan pendapatan mereka…kalau anda tak percaya anda boleh cuba buat benda yang sama untuk join mana-mana company luar. Inilah trend "shipmanagement" yang telah diguna pakai sejak lama lagi cuma kita yang tidak perasan dan ambil tahu. Andai mereka penuhkan kekosongan yang ada dalam company mereka dengan mariners Malaysia bukan tak boleh…boleh sangat..tetapi yang tak bolehnya dia orang tak boleh "masyuk" any side income la..

Itu sebabnya kita susah nak dapat kapal syarikat Malaysia, bawa bendera Malaysia, yang sepatutnya kita banggakan bila dibawa seluruh dunia…tetapi malang sekali operator kapal tersebut..filipino atau kebayani, pakistani, indinesiani, indiani, china mainlaini, dan macam-macam …ni tetapi bukan Malaysiani..ha..ha..ha.Hampeh..hampeh..hampeh.

Yang sedihnya, bila kapal-kapal mereka dah nak kena hukum tembak,problem sana sini..barulah time tu hantar orang kita untuk manage..walhal bangsa-bangsa asing tadi dah cabut lari tak nak jadi "balaci" buat repair kapal ni. Itu yang lagi sakit hati..dahlah gaji kita dengan bangsa asing ni berbeza kurang kekadang sampai dekat 3 kali ganda.Jadi untuk Mariners Malaysia yang mana terikat kontrak bon tu nak tak nak terpaksalah naik. If not " I see you in court ! "

Itulah dilema mariners Malaysia sebenarnya..bukan kita tak bagus..bukan kita tak boleh…tetapi bangsa kita sendiri yang buat kita tak boleh.. Dan tak hairan lagi andai suatu hari " maruah kita akan tergadai", "pemikiran kita dijajah" oleh budaya yang ada dalam industri marin malaysia sekarang…


Comments



1 Comment so far

  1.    Muhd Affandi on February 10, 2008 12:33 pm

    Caya la lu bob…
    Gua sokong lu gila babas… haha… kira gua dah kena panggil lu 2nd dah ler.. dah xleh panggil 3rd lg la. Tahniah bob.. lu dpt apa lu usahakan….
    MARINERS.. WE UNITE!!!

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind