Feb
6
MENGAPA MARINERS MALAYSIA DIPINGGIRKAN DI BUMI SENDIRI OLEH SYARIKAT PERKAPALAN TERBESAR MALAYSIA?
February 6, 2008 | |
Artikel in bukan untuk mencari salah sesiapa, hanya untuk renungan kita bersama. Mengapa mariners kita tidak dapat menguasai pasaran syarikat tempatan? Mana salah dan silap kita?
Kebanyakan syarikat besar di Malaysia mempunyai wawasan atau cita-cita untuk mencapai tahap "GLOBAL". Apa itu tahap "GLOBAL"? Maafkan saya andai pengetahuan saya tidak global..tetapi bagi saya ia melingkungi tahap pengurusan, kualiti, pencapaian dan profesionalism. Bagi saya semua perkara ini dapat dicapai dengan kerjasama semua pihak..majikan dan pekerja. Andai dua faktor ini tidak difokus..tiada apa yang dapat di capai.
Kenapa saya kata mariners Malaysia terpinggir? Andai anda semua membuat kaji selidik, berapa ramai mariners Malaysia yang bernaung dibawah syarikat kapal terbesar Malaysia anda pasti terkejut yang menunjukkan jumlahnya tak sampai 50% dari jumlah sebenar minimum tenaga pekerja yang diperlukan menjalankan operasi armada kapal mereka. Mengapa perkara ini berlaku?
Saya terpanggil untuk cuba mengupas persoalan ini kerana khuatir suatu hari kita akan "DIJAJAH" oleh idiologi bahawa mariners Malaysia pemalas, banyak kerenah, tidak profesional…paling takut sekali tak berguna..siapakah yang akan rugi? Setahu saya selama ini yang membangunkan dan mengendalikan syarikat kapal terbesar Malaysia adalah rakyat Malaysia sendiri…Kenapa hari ini fenomena mengagung-agungkan Mariners luar amat ketara terjadi di syarikat perkapalan terbesar Malaysia.
Tepuk dada tanyalah minda dan hati. Andai ada sesiapa yang ingin komen hal ini amatlah saya alu-alukan.. jumpa lagi di kupasan mendalam topik ini akan datang..salam sejahtera.