Salam sejahtera buat anda semua !
Lebih sebulan saya tidak menulis dalam blog ini. Anda semua apa khabar? Terima kasih atas komen sebahagian daripada pengunjung blog saya…Lebih sebulan saya tidak menulis dalam ruangan ini. Bukan saya lupa cuma masa tidak mengizinkan. Sudah sebulan lebih saya bercuti dan lebih kurang lagi 2 minggu cuti akan tamat. Nampak gaya setelah 4 kali hari raya yang lepas beraya bersama keluarga tercinta…tahun ini terpaksa saya sambut syawal di laut biru. Sedih ? Sudah tentu tetapi apakan daya kerana inilah punca pendapatan utama saya bagi menampung kehidupan keluarga di zaman yang aman mencabar ini.

Keadaan dalam negara kita sekarang tidak menentu dari segi ekonomi, sosial dan juga politik. Setelah lebih 40 tahun politik kita dikatakan stabil…sekarang adalah masa yang cukup mencabar bagi kita mempertahankan keamanan negara kita yang telah kita kecapi suatu masa dahulu. Bagi mereka yang berbeza ideologi politik…harapan saya ketepikanlah agenda peribadi kerana semakin hari keadaan negara kita semakin gawat!!! Tak habis dengan isu sosial, bangkit pula isu politik ( gila kuasa ), isu ekonomi bila rakyat dibebani dengan kenaikan harga keperluan harian. Kesan daripada semua ini kita akan dapat lihat bila kadar jenayah makin bertambah, masyarakat sudah tidak menghiraukan persaudaraan dan keruntuhan akhlak berleluasa. Segalanya hanya berpunca dari satu benda keramat didunia ini…
" DUIT!!!,DUIT!!!,DUIT!!!. Inilah punca pada segala masalah yang ada sekarang.

Tidak dapatkah kita lari dari memikirkan tentang duit ? Saya rasa semua orang tidak dapat lari memikirkannya. Bangun pagi celik mata duit..balik rumah nak tidur fikir pasal duit…tidur pun mimpi tentang duit..tak tertekan ke? Bagi saya bila berada jauh dilautan biru…itulah masa saya larikan diri berfikir tentang duit…AMAN. Sebab apa? Dilaut kami semua tak guna duit sebab semua ditanggung…cuma fikir kerja…kerja..kerja..heheheeee. Itulah bezanya kami hamba allah dimuka bumi masyarakat gelar sebagai mariners @ pelaut.

Saya amat tertarik dengan satu blog yang dikelolakan oleh Saudara Irfan Khairi. Anda kenal siapa dia? Bagi mereka yang belum kenal beliau adalah salah seorang jutawan muda melayu yang menjana income dari internet dan selalu mendapat liputan media hasih kejayaan beliau. Saya amat kagum dan cuba mempelajari dari beliau. Antara petikkan dalam blog beliau, beliau sering diajukan soalan  "

Sering saya ditanya…

Mana satu nak dipilih? Wang atau kebahagiaan? Mana yang lebih penting?

Infact, di TV pun ketika “live” 2-3 kali soalan begini ditanya. Dan jawapan saya… kenapa perlu pilih satu?

T Harv Eker (jutawan & penulis buku kekayaan) pernah berkata apabila di tanya soalan yang sama:

Kalau anda diberi pilihan untuk dipotong kedua belah tangan ATAU potong kedua belah kaki… mana satu pilihan anda?

Sering kali, yang bertanya soalan begini, adalah mereka yang sedia tidak mempunyai wang. Atau, mereka yang mempunyai wang, tetapi, mengabaikan kebahagiaan hidup.

Teringat pesanan Dato Dr Fadzilah Kamsah dalam Mentor Jutawan: Kita perlu imbangkan kekayaan & kebahagiaan. Dalam erti kata lain, perlu pilih kedua-duanya… bukan memilih SATU sahaja ;)

Itulah matlamat saya sekarang…mencari wang dan kebahagiaan dunia dan akhirat….dan saya harap anda juga begitu. E-book yang saya perolehi ini bagi saya amat berguna dalam menyusun strategi untuk terus menjana wang dan bahagia bersama keluarga pada masa terdekat ini dan akan datang. Apa tidaknya E-book ini memaparkan nasihat dari 8 orang jutawan dalam perbagai bidang di Malaysia :-

  • Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
  • Azizi Ali, Jurulatih jutawan
  • Chef Li (Dato’  Dr Rusly), Jutawan Senyap
  • Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
  • Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
  • Dato’ Hussamuddin,  Pengasas Kumpulan Karangkraf
  • Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura
  • Irfan Khairi, Jutawan Internet

 

Bayangkan anda boleh duduk bersemuka dengan kesemua ikon jutawan ini dan mereka mendedahkan mutiara-mutiara ilmu satu demi satu kepada anda!

Memang tidak dapat dinafikan lagi, kelapan-lapan jutawan ini tahu segala rahsia,tip, strategi, teknik dan minda bagaimana hendak menjana berjuta ringgit!

 

Apakah harga satu ilmu yang boleh diperturunkan oleh satu jutawan kepada anda untuk kejayaan anda?

 

Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia kelapan-lapan jutawan ini?

Anda boleh dapatkan segala cerita selanjutnya dari E-book ini ….pasti membuka minda anda untuk lebih berjaya dalam hidup…insya allah.


Comments



Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind